Strategi Abdul Rahman Bin Auf Dalam Perniagaan

Strategi Abdul Rahman Bin Auf Dalam Perniagaan | Abdul Rahman Bin Auf merupakan sahabat Nabi yang dijanjikan syurga. Abdul Rahman Bin Auf juga merupakan seorang usahawan yang wajar dicontohi kerana kejayaannya dalam bidang keusahawanan dan menjalankan perniagaan berlandaskan Islam

Beliau merupakan seorang hartawan, seorang dermawan dan juga pejuang.

Abdul Rahman Bin Auf pernah ditanya, apakah strategi perniagaan yang dilakukan sehingga menjadi usahawan terkemuka?

Lalu dijawabnya :
Aku tidak pernah menolak keuntungan walaupun sedikit
Aku tidak pernah melambatkan perjualan barangan dari yang meminta
Aku tidak menjual secara tangguhan bayaran

Abdul Rahman Bin Auf pernah dianggap hartawan terkaya di Mekah dan Madinah. Beliau seorang yang warak. Abdul Rahman Bin Auf terkenal dengan sifat yang zuhud. Beliau tidak menjadikan harta yang banyak dengan hidup bermewah-mewah dan bersenang lenang. Beliau memilih hidup dalam kesederhanaan.

Beliau lebih banyak memikirkan mengenai amalan dan kebajikan daripada hartanya.

Abdul Rahman Bin Auf dilahirkan sepuluh tahun setelah tahun Gajah iaitu tahun kelahiran Nabi Muhammad SAW. Sebelum memeluk Islam namanya adalah Abdul Kaabah. Namun, sebaik mengucap dua kalimah Syahadah, Rasulullah SAW memberikan nama Abdul Rahman.

Beliau pernah mengikut berjuang menegakkan Islam antaranya dalam peperangan Badar dan Perang Uhud.

0 Komentar untuk "Strategi Abdul Rahman Bin Auf Dalam Perniagaan"

 
Copyright © 2014 DRAMADUNIA - All Rights Reserved
Template By Catatan Info