Pernahkah anda mengalami situasi lebih kurang sama seperti di bawah ini? Pada masa kini, perbuatan minum sambil berdiri sudah menjadi budaya dan amalan dalam kalangan masyarakat, bahkan mereka tidak mempedulikan langsung kesannya pada diri sendiri.
Dialog di suatu pagi yang hening antara ibu dan anak lelakinya:
Ibu: Helmi, mari sarapan dulu sebelum ke sekolah.
Zulhelmi: Baik ibu. (minum air sambil berdiri)
Ibu: Subhanallah.. Duduk dulu baru minum, tak perlu tergesa-gesa.
Zulhelmi: Takpa ibu. Saya sudah lewat ni, nanti tertinggal bas sekolah
Apabila dinasihati, tidak dihiraukan umpama mencurahkan air ke daun keladi. Persoalannya, mengapa minum sambil berdiri dilarang sama sekali? Apakah rahsia disebalik larangan minum sambil berdiri? Adakah larangan tersebut boleh memudaratkan kesihatan diri?
Dalam Islam amat menitikberatkan adab makan dan minum yang betul agar menjadi ikutan dan amalan dalam kehidupan seharian. Rasulullah s.a.w juga melarang perbuatan minum sambil berdiri.
Dari Abu Hurairah berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Janganlah sekali-kali salah seorang di antara kami minum sambil berdiri. Apabila dia lupa, maka hendaknya dia muntahkan.” (Hadis Riwayat Muslim)
Sebab Larangan Minum Sambil Berdiri
1. Fungsi Jantung Menjadi Perlahan
Sistem saraf manusia berada dalam keadaan tegang pada posisi berdiri menunjukkan sistem itu memastikan kedudukan otot stabil supaya anggota badan tidak jatuh semasa berdiri. Banyak kombinasi sistem saraf dengan sistem otot terutamanya sistem saraf dalam usus.
Ketika minum sambil berdiri, sistem saraf merangsang mengawal perut iaitu ‘vagus nerve’ di mana rangsangan ini berfungsi untuk memperlahankan jantung dan mengakibatkan individu itu pengsan atau pitam, malah boleh membawa maut bagi pesakit jantung.
Ketika berdiri, otot-otot badan akan menjadi tegang dan memberi tekanan kepada sistem saraf pusat (central nervous system) kerana terpaksa bekerja ‘terlampau’ aktif mengawal semua otot untuk melakukan proses pengimbangan badan ketika berdiri.- Dr. Ibrahim Ar-Rawi, Pakar Kajian
2. Luka atau ‘Ulcer’ pada Perut
Makan dan minum sambil berdiri menyebabkan luka atau ‘ulcer’ pada perut kerana makanan dan minuman tersebut akan melanggar dengan keras dan kuat pada lapisan dinding-dinding perut. Selain itu, tekanan penurunan air yang tinggi ke dalam perut sekiranya minum sambil berdiri di samping dinding-dinding perut akan menjadi longgar dan boleh mengakibatkan penyakit sukar untuk menghadam makanan.
3. Kerosakan Sistem Pencernaan
Dalam tubuh badan manusia terdapat sejenis penapis ‘sfringer’ yang bertindak membuka pada posisi duduk dan tertutup pada posisi berdiri. ‘Sfringer’ bertindak sebagai penapis segala benda asing dalam air sebelum disalurkan ke seluruh tubuh badan. Minum sambil berdiri menyebabkan penapis ‘sfringer’ tertutup, maka air itu tidak ditapis terlebih dahulu. Minuman akan terus jatuh ke dalam salur pencernaan ketika berdiri dan boleh menyebabkan masalah usus dan penyakit batu karang sekiranya kerap mengamalkan minum sambil berdiri.
Keistimewaan Minum Sambil Duduk
Sistem saraf dan otot berada dalam keadaan tenang dan mampu untuk menjalankan tugas dengan baik serta memproses segala bentuk bahan makanan dan minuman masuk ke dalam tubuh badan.
Makan dan minum secara duduk lebih baik untuk kesihatan diri, lebih selamat dan lebih puas di mana makanan dan minuman melalui dinding perut secara perlahan-lahan dalam keadaan tenang. - Dr. Abdul Razzak Al-Kailani, Pakar Perubatan
0 Komentar untuk "Inilah Sebab Utama Rasulullah SAW Melarang Umatnya Makan Dan Minum Sambil Berdiri. Sila Sebarkan..."