INFO:8 Perkara Menarik Tentang Sultan Muhammad V

Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 dalam upacara penuh adat istiadat di Istana Negara, semalam.

Sultan Muhammad V, 47, menggantikan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah yang tamat tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14, Isnin.

Rasanya ramai yang masih kurang kenal siapa sebenarnya Yang di-Pertuan Agong ke-15 ini.

Ini antara perkara yang ramai tidak tahu tentang Sultan Muhammad V.
1. Seorang Raja yang mesra rakyat & menjaga kebajikan rakyat

Sesuai dengan ungkapan “Raja dan rakyat berpisah tiada”, Sultan Muhammad V sentiasa memayungi rakyat dengan memastikan kepentingan dan keperluan mereka terjaga.

Baginda pernah menyamar sebagai orang biasa untuk membantu mangsa banjir di negerinya.

2. Sentiasa turut serta acara bersama-sama rakyat

Baginda sendiri mencadangkan untuk mengadakan Program Walkathon D’Raja Kelantan setiap tahun. Sultan Muhammad V bersama-sama rakyat akan berjalan sejauh tujuh kilometer di sekitar bandar Kota Bharu.

Setiap kali bulan Ramadhan, baginda sendiri akan duduk bersama-sama rakyat untuk berqiamullail pada 10 malam terakhir Ramadan.

3. Baginda mempunyai ilmu pengetahun yang luas

Tengku Ibrahim Farihaddin menyifatkan sepupunya itu seorang yang sangat gemar membaca dan berpengetahuan tinggi dalam sesuatu perkara.

“Baginda seperti ensiklopedia kadang-kadang, kerana apa-apa perkara yang saya tidak tahu, saya akan bertanya kepada baginda dan baginda pasti akan dapat memberi jawapan kerana baginda seorang yang sangat gemar membaca dan selalu bertanya dengan pakar dalam pelbagai bidang.

“Jadi baginda seorang yang mempunyai ilmu pengetahun yang luas dan kami akan berbincang tentang sebarang topik.”

4. Baginda sangat suka bersukan

Baginda gemar melakukan aktiviti bersukan sebagaimana yang dipraktikkan Nabi Muhammad SAW.

Antaranya memanah, menembak, lumba kuda, berenang, aktiviti lasak pacuan empat roda dan memancing.

5. Baginda sangat sukakan haiwan

Jika seseorang itu sukakan haiwan, bermakna dia seorang yang penyanyang. Sama seperti baginda yang turut memelihara pelbagai haiwan seperti kucing, kambing dan burung unta.

6. Baginda sentiasa memuliakan ilmuan agama

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, baginda sering merujuk kepada beliau mengenai perkara-perkara yang berkaitan hukum-hakam Islam.

7. Baginda seorang yang terbuka & menerima pandangan orang lain

“Saya melihat, sepanjang saya menjadi mufti, tidak ada satu (perkara) yang apabila diberi pandangan, tidak diterima baginda,” kata Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad.
8. Baginda gemar mempelajari ilmu-ilmu Islam

“Sebagaimana umum mengetahui, usrah Diraja Kelantan memang gemar mempelajari ilmu-ilmu Islam, justeru baginda akan mengadakan kelas agama sekurang-kurangnya seminggu sekali antara waktu Maghrib dan Isyak di Istana Negeri di Kubang Kerian.

SUMBER: Bernama
0 Komentar untuk "INFO:8 Perkara Menarik Tentang Sultan Muhammad V"

 
Copyright © 2014 DRAMADUNIA - All Rights Reserved
Template By Catatan Info