Remaja Sengsara Makan Biskut Berasap

Sekadar gambar hiasan

Seorang remaja berusia 15 tahun di Alor Setar, Kedah telah mengalami melecur dan tapak tangan dan mengalami kesakitan di kerongkong selepas memakan biskut yang mempunyai kesan asap selepas memakannya.

Mohd Aiman Mohd Ridwan mengadu selepas 30 jam memakan biskut naga itu kerongkongnya masih berasa sakit dan keadaan itu membuatkan Mohd Aiman rasa terseksa.

Menurut Mohd Aiman selepas dia memakan biskut tersebut yang keempat secara serta merta dia merasa sesuatu yang menyengat dalam mulutnya.

Selain itu dia juga perasan sesuatu yang pelik selepas tangannya terkena asap daripada biskut tesebut dan tidak berapa lama tapak tangannya membengkak dan timbul kesan lepuh seakan terkena air panas.

Manakala ibunya Nordiana Yaacob, 45, memberitahu dia membeli biskut tersebut di salah sebuah gerai pasar malam di Alor Setar dengan harga sebanyak RM10 semangkuk.

Curiga dengan bahan yang digunakan dalam biskut tersebut Nordiana telah membuat laporan kepada Persatuan Pengguna Kedah (CAKE) dan setiausaha CAKE juga telah mengesahkan menerima aduan tersebut.
Gambar: Astro Awani

Bahkan menurut Mohamad Yusoff Yusrizal memberitahu buat masa sekarang CAKE telah memnerima lima aduan lain tentang biskut tersebut.

Beliau turut mengatakan pihak CAKE telah mengenal pasti bahan biskut naga tersebut menggunakan liquid nitrogen untuk menghasilkan kesan asap.

Turut memberitahu ASTRO AWANI, Mohamad Yusoff mengatakan nitrogen adalah bahan yang membawa kesan bahaya kepada penduduk setempat yang mana sebelum ini banyak digunakan oleh restoran terkenal untuk teknik membekukan makanan dan minuman dengan cepat dan juga menghasilkan asap sekiranya terdedah pada persekitaran luar.

Buat masa sekarang CAKE telah mendesak pihak berkuasa termasuklah bahagian Halal Negeri untuk membuat penyiasatan tentang aoa yang telah terjadi.
0 Komentar untuk "Remaja Sengsara Makan Biskut Berasap"

 
Copyright © 2014 DRAMADUNIA - All Rights Reserved
Template By Catatan Info