‘5 Tahun Kerja Siang Malam, Semua Yang Saya Buat Tak Menjadi Kerana Tinggalkan Agama’

 
Tadi masa nak basuh kereta, saya tengok seorang abang bawa kereta Audi baru. Tengah duduk-duduk, ada seorang makcik jual kerepek datang. Dia bagi RM50.

“Tak apalah makcik, saya nak 3 sahaja,” katanya.

“Terima kasih nak, terima kasih. Alhamdulillah rezeki makcik,”

Sebenarnya 3 kerepek cuma RM10 sahaja. Selepas itu saya duduk di sebelah abang tadi. Saja nak berbual.

“Ini Ustaz Ebit Lew ke? Ya Allah, rezeki jumpa di sini,” tegurnya lalu memeluk saya.

Dalam hati saya berdoa, “Ya Allah, dalam berjuta rahmat yang kau beri kepadanya, berilah sedikit kepada saya,”.

“Tak sangka jumpa di sini,” katanya lagi.

“Tahniah pada abang. Allah sayangkan abang. Satu sebab sedekah kepada makcik tadi dan keduanya kereta Audi baru ini. MasyaAllah,” kata saya padanya.

“Sebelum ini saya hidup susah sangat. Semua yang saya buat, semua tak menjadi. Hampir 5 tahun saya kerja siang malam. Tetapi rasa macam tak ada apa-apa melainkan penat. Hutang pun banyak keliling pinggang. Dengan keluarga jadi jauh. Orang kata dunia tak dapat, keluarga hilang dan akhirat lagilah.

“Sehinggalah Allah menyelamatkan saya. Saya belajar dari ustaz juga. Saya sudah mula menjaga solat Subuh di masjid. Saya jaga solat, rajin mendengar ceramah agama. Saya dengar ceramah ustaz. Saya ternanti-nanti motivasi ustaz. Saya beli semua set buku ustaz. Teruskan berdakwah ye ustaz,” katanya.

“Paling besar kesan Allah bagi saya bila saya mula belajar baca hadis dalam rumah tangga saya bersama isteri dan anak-anak. Isteri saya mula solat, mula pakai tudung. Saya menjadi semakin sayang pada dia, ustaz. Rasa macam pengantin baru. Bila saya balik dari masjid, tak sabar nak jumpa isteri. Kadang-kadang nak melompat masuk rumah. Tak sempat nak buat yang lain, terus rasa nak peluk isteri, rasa rindu pada isteri.

“Saya dah tak buang masa berhibur dengan kawan-kawan. Tak bawa ke mana-mana pun itu semua. Tak sangka rezeki kami mula melimpah ruah. Allah bukakan jalan. Tiada lagi rasa nak marah-marah. Tenteram saja rasa dalam rumah,” sambungnya lagi.

“Betul kata abang, Allah sayangkan abang. Kita kejar akhirat, dunia kejar kita. Jadikan Allah sebagai maksud. Allah tujuan hidup. Allah sebagai cinta kita. Allah kekasih. InshaAllah ketika senang dan susah, hati kita jadi tenteram. Kita tenang bila hargai keluarga kita. Allah sayang kita semua,”KREDIT
0 Komentar untuk "‘5 Tahun Kerja Siang Malam, Semua Yang Saya Buat Tak Menjadi Kerana Tinggalkan Agama’"

 
Copyright © 2014 DRAMADUNIA - All Rights Reserved
Template By Catatan Info