PUJIAN dan cinta Nabi Muhammad SAW terhadap Saidina Umar begitu besarnya sehingga Baginda bersabda: “Yang paling kukuh dalam agama Allah daripada umatku ialah Umar.”
Sahabat Abbas berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya aku memiliki dua penasihat (menteri) dari ahli langit dan dua penasihat (menteri) dari ahli bumi. Yang dari ahli langit ialah Jibril dan Mikail, sedangkan dari ahli bumi adalah Abu Bakar dan Umar. Merekalah pendengaran dan penglihatanku.” (Hadis riwayat Alhaakin, Ibau Asaakir dan Au Na’im dalam Fadhailus Sohabah)
Daripada Saidatina Aisyah, Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya syaitan menyingkir (menghindar) apabila berjumpa dengan Umar.” (Hadis riwayat Ibnu Asaakir)
Rasulullah SAW pun bersabda: “Paling kasih sayang daripada umatku adalah Abu Bakar dan paling keras dalam agama Allah adalah Umar.” (Hadis riwayat Ahmad, Ibnu Majah, Al-Hakim dan At-Tirmizi)
Pada suatu hari, Hafsah Ummul Mukminin berkata kepada Umar: “Apabila datang utusan dari negeri lain hendaknya anda mengenakan pakaian yang lebih (indah) elok dan suruhlah dibuatkan makanan mewah untuk dihidangkan kepada anda dan hadirin.”
Mendengar perkataan anaknya, Umar menjawab: “Hai Hafsah, tidakkah kamu tahu yang paling mengetahui mengenai seseorang adalah isterinya?”
Hafsah menjawab: “Ya, benar.”
Umar berkata lagi: “Tahukah kamu sesudah Rasulullah SAW menjadi nabi beberapa tahun lamanya, Baginda dan keluarganya tidak pernah kenyang makan kurma, kecuali sesudah Allah menguasakan khaibar baginya?”
“Tahukah kamu ketika pada suatu hari Rasulullah SAW disedari hidangan makanan mewah lalu beliau berasa tidak senang sehingga air mukanya berubah, lalu Baginda menyingkirkan hidangan itu?
“Tahukah kamu Rasulullah SAW biasa tidur beralaskan kain berlipat dua. Tetapi pada suatu malam alas kain itu dilipat empat. Ketika bangun Baginda SAW bersabda: Kalian mencegahku bangun (solat) malam dengan alas kain yang tebal ini. Lipat dua saja seperti biasanya.
“Baginda tertidur nyenyak kerana beralaskan kain tebal, sehingga tidak terbangun untuk solat malam. Tahukah kamu ketika Bilal azan untuk solat, Rasulullah SAW tidak segera keluar kerana menunggu pakaiannya yang dicuci belum kering?
“Hai, Hafsah, dua kawanku terdahulu menempuh jalan itu dan apabila aku menempuh jalan yang berbeza tentu aku akan terbawa kepada jalan yang bukan jalan mereka.
“Aku akan bersabar meniru kehidupan mereka yang keras. Semoga aku dapat menikmati kehidupan mereka yang penuh kebahagiaan.”
Itulah kecintaan Umar kepada kedua-dua sahabatnya, Rasulullah SAW dan Abu Bakar.
Umar selalu mendekatkan diri kepada Allah. Di tengah malam dan penghujung siang, dia berzikir. Selepas diangkat menjadi khalifah, dia selalu berdoa: “Ya, Allah, seperti Engkau tahu, aku ini berwatak keras. Oleh kerana itu lunakkanlah aku. Aku ini lemah, ya Allah, maka kuatkanlah aku. Aku ini kikir, maka jadikanlah aku hamba-Mu yang pengasih, pemurah dan dermawan.”
Ketika terjadi kelaparan pada tahun kemarau panjang Umar berdoa: “Ya, Allah? janganlah Engkau jadikan kebinasaan umat Muhammad SAW di tanganku.”
Ketika dia akan melepas pasukan untuk penyebaran agama, Umar berdoa: “Ya, Allah, anugerahkan bagiku rezeki gugur di jalanmu atau wafat di kota nabi-Mu.”
Selepas usiaku makin tua, dia berdoa: “Ya Allah, usiaku makin tua, kekuatanku makin surut (lemah), rakyatku makin menyebar luas, maka wafatkanlah aku tanpa mensia-siakan dan melalaikan tanggungjawabku.”
SABDA RASULULLAH
“Yang paling kukuh dalam agama Allah daripada umatku ialah Umar”
(Riwayat Alhaakin, Ibau Asaakir dan Au Na’im dalam Fadhailus Sohabah)
Petikan: Berita Harian
Saya perhatikan ada dua teknik yang boleh kita pelajari selain dari catatan di atas yang ada kaitan dengan rawatan dan membenteng diri dari gangguan jin/syaitan berdasarkan amalan Saidina Umar RadiALLAHu anh:
1. Suatu hari RasuluLLAH SAW menziarahi bapa mertuanya iaitu Saidina Umar, RasuluLLAH dapat mendengar kuatnya bacaan zikir Saidina Umar, lalu RasuluLLAH SAW bertanya kenapa Umar berzikir dengan kuat? Umar menjawab supaya jin dan syaitan lari…. RasuluLLAH SAW tersenyum dan berkata, perlahan sedikit.
Iktibar dari peristiwa ini dalam kes rawatan diri sendiri adalah boleh berzikir agak keras dan nyaring bagi maksud menjauhkan jin dan syaitan. Tetapi hendaklah dielakan fitnah, jangan berzikir hingga mengganggu jiran atau orang lain.
2. Menjadi amalan Saidina Umar iaitu menghukum dirinya pada setiap malam. Zikirnya mendayu, sambil menangis mengenangkan dosa lampau Umar juga memukul dirinya sebagai tanda kekesalan dan taubat nasuhanya.
Iktibar dari peristiwa ini adalah anda juga boleh melakukan pukulan pada diri sendiri dalam usaha untuk merawat gangguan. Gunakan serban, kain pelikat dll bacakan ayat spt Almukminun 115-118, As-Syu’ara 130. Lipat kemas-kemas dan pukullah diri anda sendiri. Jika anda pening kepala, pukullah kepala. Jika sakit pinggang pukullah pinggang berkenaan dll. Cuma elakan fitnah, jangan pukul ditempat orang ramai, lakukanlah di rumah.
Saya berpendapat syaitan amat takut dengan Umar kerana keimanan dan teguhnya pada memegang tali ALLAH. Syaitan juga takut kerana amalannya iaitu muhasabah dan zikruLLAH. Syaitan juga takut mendekati Umar kerana Umar membelasah dirinya dengan pukulan-pukulan keinsafan dan taqarrub kepada ALLAH.KREDIT
0 Komentar untuk "Kenapa Syaitan Takut kepada Saidina Umar"