Alhamdulillah! Senarai Artis Malaysia Yang Telah Berhijrah Bertudung

Alhamdulillah, sejak kebelakangan ini, terdapat fenomena yang mana ramai selebriti wanita tempatan telah mula berhijrah kepada pemakaian hijab atau bertudung. Penghijrahan itu sememangnya ke arah yang lebih baik, dengan mengambil jalan untuk menutup aurat dan lebih menjaga adab sopan seperti telah diamanahkan oleh Allah s.w.t. Namun, ada penghijrahan yang dilakukan dengan bersebab. Ada yang mengatakan ia dilakukan atas pilihan mereka sendiri, ada pula mengatakan sudah sampai seru dan tidak kurang pula yang mengakui bahawa mereka telah mendapat petunjuk serta taufik dan hidayah untuk berubah. Biarpun atas apa sebab penghijrahan itu, apa yang pasti diharap keputusan mereka untuk bertudung ini akan berkekalan dan mampu secara perlahan mengubah mereka ke arah menjadi muslimah yang sejati.


Sama-samalah kita ucapkan syabas buat selebriti yang berani melakukan penghijrahan ini. Mudah-mudahan apa yang mereka buat akan dirahmati Allah s.w.t serta turut membuka pintu hati orang lain untuk mengikut jejak langkah yang sama. Sama-samalah kita mendoakan kebaikan mereka dan juga kebaikan kita semua bersama. Aamin.

Jom kita tengok Senarai 10 Artis Wanita Bertudung Tercantik Di Malaysia 2016:

1. Emma Maembong
2. Neelofa
3. Ummi Nazeera
4. Uqasha Senrose
5. Ayu Raudhah
6. Siti Nurhaliza
7. Wawa Zainal
8. Shila Amzah
9. Diana Amir
10. Rozita Che Wan

Tidak lupa juga, berikut adalah senarai artis dan selebriti Malaysia lain telah berhijrah kepada pemakaian tudung iaitu:
Adira AF
Shila Amzah
Ziana Zain
Elfira Loy
Wardina Safiyyah
Irma Hasmie
Farah Diana Anuar (lebih dikenali sebagai Farah AF2 atau Farah Breep Breep)
Raja Farah
Fiza Elite
Fara Fauzana
Farah Asyikin
Abby Abadi
Yatt Hamzah
Ana Raffali
Natasha Hudson
Siti Nordiana
Anne Ngasri
Anne Hot FM
Catrina Bahrin Ross
Siti Fazurina
Sharifah Sofea
Noryn Aziz
Sharifah Aleya
Safura
Wilma Mohammed
Aida Rahim
Liza Hanim
Erma Fatima
Ogy Ahmad Daud
Ramlah Ram
Sheila Rusly
Alliza Abdullah (lebih dikenali sebagai Enot)
Norkhiriah
Abby Fana (juga dikenali dengan Kak Bed)
Aishah
Noraniza Idris

Mungkin tak dinafikan juga, bukan semua yang sudah bertudung itu menutup aurat mengikut tata cara Islam yang betul, namun untuk melakukan perubahan yang mendadak itu bukanlah satu perkara yang mudah. Sekurang-kurangnya bermula dengan bertudung itu sudah merupakan langkah pertama penghijrahan kita. Perubahan itu boleh dilakukan secara berperingkat-peringkat. Yang paling penting ialah sokongan dan dorongan dari keluarga dan sahabat handai di sekeliling dan semangat yang kental untuk berubah. Berdoalah semoga kita dipermsemua udahkan hidup di dunia dan di akhirat nanti.kredit
0 Komentar untuk "Alhamdulillah! Senarai Artis Malaysia Yang Telah Berhijrah Bertudung"

 
Copyright © 2014 DRAMADUNIA - All Rights Reserved
Template By Catatan Info