Jika sebelum ini Neelofa pernah menunaikan haji bersama ibu bapanya, kali ini khabarnya usahwan dan juga pelakon wanita ini mahu membawa seluruh keluarganya untuk menunaikan umrah tidak lama lagi.
Perkara tersebut disampaikan dalam ruangan Miss J di dalam ruangan di akhbar Utusan Malaysia. Tindakan Neelofa itu dalam masa yang sama dilihat sebagai salah satu perkara yang sangat baik lebih lebih lagi apabila membawa seluruh keluarganya.
Malah Miss J juga kagum dengan sikap merendah diri Neelofa dalam belajar dan juga mendalami ilmu agama. Apa pun jika benar apa yang dikhabarkan ini, semoga segala persiapan dan juga perancangan Neelofa akan berjalan dengan baik. (rtky/s)
0 Komentar untuk "Neelofa Bawa Seluruh Keluarga Tunai Umrah"