PESAWAT RUSIA TERHEMPAS DI SINAI

Sebuah pesawat Rusia yang membawa 224 penumpang dan anak kapal terhempas di semenanjung Sinai, Mesir pada Jumaat, jelas pejabat Kementerian Perdana Menteri Mesir.

Airbus A- 321, yang dikendalikan oleh syarikat penerbangan Rusia Kogalymavia dengan nombor pendaftaran KGL- 9268 , dilaporkan berlepas dari lokasi peranginan di Sharm el -Sheikh ke St Petersburg sebelum terhempas di kawasan pergunungan terpencil di tengah Sinai memetik Mstar.
Sumber keselamatan Mesir berkata tidak ada petunjuk bahawa pesawat itu telah ditembak jatuh oleh kumpulan militan di Sinai.

Jurucakap pihak berkuasa penerbangan Rusian Rosaviatia, Sergei Isvolsky berkata, pesawat itu berlepas dari Sharm el -Sheikh pada 06:51 (0351 GMT) dan hilang perhubungan kira-kiri 25 minit kemudian.

Sementara itu, seorang pegawai keselamatan Mesir yang baru tiba di tempat kejadian memberitahu Reuters, pesawat tersebut telah musnah dan dan sebahagian besar mereka di atas kapal mungkin telah meninggal dunia.

Pesawat itu terhempas di kawasan pergunungan di tengah Sinai dan cuaca buruk telah menyukarkan pasukan penyelamat untuk sampai ke tempat kejadian.

Jelas pegawai keselamatan, kesemua mangsa akan diterbangkan ke Kaherah.KREDIT
0 Komentar untuk "PESAWAT RUSIA TERHEMPAS DI SINAI"

 
Copyright © 2014 DRAMADUNIA - All Rights Reserved
Template By Catatan Info