Kabinet pada Jumaat memutuskan untuk tidak mengharamkan rokok elektronik atau vape.
“Ini berita baik kepada pengguna vape, pembuat perisa vape dan penjual vape. Kabinet hari ini memutuskan untuk tidak mengharamkan vape. Terima kasih kepada Perdana Menteri dan kerajaan yang memahami aspirasi belia,” kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di laman Facebooknya pada Jumaat.
Sebelum ini, Menteri Kesihatan mempertimbangkan untuk mengharamkan vape memetik Mstar.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata kementeriannya sedang meneliti daripada sudut undang-undang untuk mengguna pakai pelbagai akta sedia ada bagi membolehkan tindakan tersebut dilaksanakan.
Pada Ogos lepas, menteri kesihatan itu menasihati pengguna shisha dan vape, supaya berhenti menggunakannya buat sementara waktu sehingga keputusan mengenai risikonya diumumkan dalam tempoh dua bulan lagi.
Rokok elektronik adalah alat yang menggunakan bateri untuk menghidupkan atomizer yang kemudian memanaskan cecair untuk menghasilkan wap yang mengandungi nikotin.KREDIT
0 Komentar untuk "KABINET PUTUSKAN UNTUK TIDAK HARAMKAN VAPE"